glFusion CMS - Sistem Pengurusan Kandungan Website Canggih!
Mungkin bagi yang dah lama dalam dunia website cukup kenal dengan istilah CMS ni. CMS ni sebenarnya merujuk kepada halaman web bersistem yang mudah diurus dan di'update' tanpa perlu kemahiran aturcara website.
Anda juga mungkin biasa dengan CMS-CMS popular seperti Joomla, Drupal dan lain-lain. Bagaimana dengan glFusion? Berbeza dengan 'abang-abangnya' tadi, glFusion turut dipakejkan bersama dengan sokongan MooTools! MooTools adalah kerangka JavaScript (aturcara yang dibina menggunakan bahasa JavaScript) yang memudahkan pembangunan aplikasi mudah (widget) yang menarik.
Dengan glFusion, anda boleh membangunkan sebuah halaman web bersistem dalam masa yang sangat singkat, mudah, tersusun dan multi-fungsi (kalendar, galeri gambar, urusan download fail).
Layari http://www.glfusion.org/ untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh melayari http://demo.glfusion.org/ untuk mencuba Demo glFusion.
jQuery? Bahasa untuk web interaktif anda...
Sebenarnya ada banyak library yang kita boleh guna untuk membangunkan website. Antara library yang popular (dan percuma!) adalah jQuery, RealJs & Prototype. Selain itu, library untuk pembangunan widget (aplikasi kecil) seperti Ext dan Dojo Toolkit juga boleh digunakan.
jQuery ni sebenarnya adalah salah satu daripada penulisan kod JavaScript pelbagai fungsi yang dihimpun dalam satu pakej digelar jquery-x.x.x.min.js (terkini semasa penulisan adalah versi jquery-1.3.2.min.js). Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan jQuery dan pakej downloadnya, layari halaman http://jquery.com
Publish artikel dalam format PDF
Anda kini boleh publish artikel anda dalam format PDF dengan cara mudah. Halaman pdfonline.com menawarkan perkhidmatan ini secara percuma. Anda hanya perlu mendaftar dan memasukkan kod pautan pdfonline ke dalam laman web (blog) anda.
Layari http://web2.pdfonline.com/getting_started/index.htm
Cara Naikkan Rank website
Page rank biasanya di ukur oleh google atau alexa. Google akan menampilkan scala 1-10 untuk menentukan tingkat page rank dari suatu halaman, semakin tinggi page rank-nya maka semakin berkualitas halaman website tersebut. Sementara Alexa menampilkan page rank dengan scala 1-20.000.000 an. yang mana semakin kecil page rank suatu webiste maka semakin tinggi kualitas website tersebut.
So, bagaimana cara untuk menjadikan website kita berkualiti di mata SE..
Teknik PR 1:
Meletakkan website kita ke Direktori-direktori yang terdapat di internet. Menambahkan Direktori website ini hanya perlu kita lakukan sekali saja untuk setiap blog/situs kita. Antara direktori yang biasa di gunakan:
http://Technorati.com
http://blogcatalog.com
http://www.bloghop.com
http://www.lsblogs.com/
http://www.blogtoplist.com
http://boingboing.net
http://www.globeofblogs.com/
http://www.bloggapedia.com
http://www.blogdigger.com
http://www.zimbio.com
http://www.blogged.com/
http://www.feedage.com
Pada part kedua ini, saya rasa anda semua pasti mengetahui caranya.. Cukup simple.. Hanya menambahkan blog anda ke website yg lain, saya yakin anda tidak asing lagi dengan website seperti google, yahoo, dsb. Ada banyak sekali search engine yang dapat kita gunakan untuk menambahkan url kita, diantaranya adalah :
http://www.google.com.au/addurl/?continue=/addurl
http://www.netsearchaustralia.com/axandra_form/axandra_url.htm
http://search.live.com/docs/submit.aspx?FORM=WSDD
ho3.. Ini hanya contoh.. Anda boleh mendapatkan list yg lengkap dengan mendownload link di bawah.. Tahu berapa banyak yang telah saya list?? Lebih kurang 150 list.. Saya kasi percuma untuk anda semua.
Dan tidak lupa juga laman-laman social bookmark seperti digg.com, technorati, dan lain2.. Saya rasa, list bagi laman web social ini anda boleh ketahuinya. Kerana ia banyak terdapat di Internet..
"blog mudah untuk semua"Bahasa aturcara web
Ada beberapa bahasa aturcara yang kita boleh guna untuk bina website. Bahasa yang rasanya semua orang tau tentulah HTML. Hm... Ya ke tau? Ke... korang tau dotnet (.Net)? Tapi, secara ringkas bahasa yang boleh kita guna untuk buat website adalah HTML, ASP, PHP, ASP.Net, Java, dan XML.
HTML?
Secara umum, HTML atau Hyper Text Markup Language adalah bahasa utama yang membina kerangka ataupun struktur halaman web. Senang je nak kenal HTML. HTML mesti bermula dengan tanda tag <HTML> dan ditutup tag </HTML>. <HTML> dan </HTML>?
Lihat contoh di bawah:
<HTML> <HEAD> <TITLE>Tajuk Atas Palang</TITLE> <HEAD> <BODY> Isi kandungan </BODY> </HTML>
Untuk membina website dengan HTML, kod aturcara mesti dimulakan dengan tag pembuka <HTML> dan penutup </HTML>. Aturcara lain pula mesti dimasukkan di antara (di dalam) keduanya. Kalau korang perasan, tanda '/' mesti digunakan untuk menutup setiap tag.
Kalau macam tu, kenapa pulak ada bahasa-bahasa lain kat atas tadi? Fungsi dan keupayaan HTML sebenarnya terhad. Sebab tu kalau nak buat website yang POWER (best la kiranya), kita masukkan sikit kod aturcara yang lain (macam PHP) dalam website kita.
PHP?
PHP ni asalnya singkatan untuk Personal Home Page. Itu dulu la... Sekarang ni sebab keupayaan PHP dah bertambah, nama PHP dah jadi PHP Hypertext Preprocessor. Nak kenal PHP tak susah. Lihat tanda<? dan ?>. Macam HTML, PHP boleh dipanggil dengan memulakan penanda <? dan ditutup penanda ?>
Tengok contoh kat bawah ni:
<? Echo ("Teks ni akan dipaparkan pada skrin web browser"); ?>
Aturcara PHP kat atas ni akan memaparkan teks Teks ni akan dipaparkan pada skrin web browserkat web browser. Nampak cam xbest je... Isk, salah faham tu. Contoh aku yang xbest. PHP best... Kalau pandai guna la :D Sekitar pertengahan tahun 90an, PHP ni memang popular. Tapi sebelum tu, bahasa aturcara ASP lagi popular. ASP?
ASP
Active Server Pages (ASP) ni bahasa yang dibangunkan oleh kuncu2 Bill Gates. Tak kan tak kenal...? Bos Microsoft Windows la. Kehkeh. Ada satu lawak pasal Bill ni. Depa kata nama tu penyebab si Bill ni kaya. Ya la... Bill Gates. Bill= bil. Gates= pintu pagar. Nak masuk gate (pagar)... kena bayar bill (bil atau duit tol) dulu. :)) (kelakar ke?)
Melalut lak. ASP ni juga perlu dipanggil dan ditutup, baru leh berfungsi. Tanda mula guna <% dan tanda tutup guna %> , contohnya:
<%@ Language=VBScript %> <% Option Explicit %> <html> <head> <title>(Type a title for your page here)</title> </head> <body bgcolor="#ffffff" text="#000000" link="#0000ff" vlink="#800080" alink="#ff0000"> <%Dim msgmsg="Hello World"Response.Write msg%> </body> </html>
Hm... Kenapa ada tag HTML? Ooo, sebab ASP ni kita guna hanya untuk masukkan fungsi-fungsi tambahan yang lebih canggih, dan HTML pulak masih kita gunakan untuk bina kerangka website kita :D
ASP.net camne pulak? Java lagi... apa maknanya ni? Takpe, kita sentuh hal ni dalam artikel yang akan datang. Tapi secara umumnya, kita guna bahasa-bahasa aturcara web ni untuk membina website; dan untuk website yang lebih canggih pula, kita gunakan bantuan bahasa aturcara ASP, PHP, ASP.net, dan Java (JSP) dengan tambahan fungsi Database... Database?
Pernah dengar database tak? Dalam BM kita panggil Pangkalan Data. Tak pernah? Isk... Isk... Cam ne nak crite ya? Ooo, lupa lak. Kita sambung pada artikel akan datang ;)
Apakah Website?
Bukan tu maksud aku. Website xbanyak beza dengan majalah, akhbar, buku atau lain-lain media cetak. Ada gambar; Ada teks; Ada lakaran... Bezanya, website adalah dokumen digital; tidak boleh dipegang, tapi boleh dibaca dengan perantara skrin komputer. Selain itu, web juga menyokong paparan gambar bergerak seperti video dan animasi, serta bunyi (macam tv la pulak...)
Tapi... bukan sembarangan je korang boleh tengok website. Software yang korang guna untuk tengok website ni sebagai contoh (sama ada Internet Explorer, Mozilla Firefox, ataupun Opera), sebenarnya adalah penterjemah kod aturcara web yang mengubahnya kepada paparan berbentuk digital. Software ni kita gelar sebagai Pelayar Web atau Web Browser.
Tadi ada aku sentuh pasal kod aturcara website. Sebenarnya di sebalik halaman web yang korang nampak tu, ada kod-kod aturcara (digelar programming-code) yang tersembunyi di belakangnya. Kalau tak caya, cuba:
- Buka alamat http://mulaweb.blogspot.com/
- Pada menu Pelayar Web, klik menu View > Source
- Sepatutnya, kat skrin korang akan timbul paparan kod yang ntah apa2 macam kat bawah
Bahasa pelik yang korang nampak tu la yang digelar programming-code. Tanpa programming-code, tak de la hasil dokumen digital macam korang nampak kat depan mata korang sekarang ni.
Mula Belajar Web
Aku buat blog terbaru ni sebab ada permintaan daripada dari rakan2 dan juga student yang katanya nak belajar web :P InsyaAllah, aku cuba sebaik mungkin berkongsi sekadar apa yang aku ada untuk korang semua :) Mana2 yang kurang, korang tegurlah ya... Moga2 kita sama-sama dapat berkongsi kemahiran & pengalaman untuk buat website yang lebih baik ;) Aku cuba tak bias dalam blog ni. InsyaAllah ulasan yang dibuat adalah semata2 berdasarkan pengalaman aku & kawan2 aku sepanjang terlibat dengan dunia web ni... :D