glFusion CMS - Sistem Pengurusan Kandungan Website Canggih!



Mungkin bagi yang dah lama dalam dunia website cukup kenal dengan istilah CMS ni. CMS ni sebenarnya merujuk kepada halaman web bersistem yang mudah diurus dan di'update' tanpa perlu kemahiran aturcara website.

Anda juga mungkin biasa dengan CMS-CMS popular seperti Joomla, Drupal dan lain-lain. Bagaimana dengan glFusion? Berbeza dengan 'abang-abangnya' tadi, glFusion turut dipakejkan bersama dengan sokongan MooTools! MooTools adalah kerangka JavaScript (aturcara yang dibina menggunakan bahasa JavaScript) yang memudahkan pembangunan aplikasi mudah (widget) yang menarik.

Dengan glFusion, anda boleh membangunkan sebuah halaman web bersistem dalam masa yang sangat singkat, mudah, tersusun dan multi-fungsi (kalendar, galeri gambar, urusan download fail).

Layari http://www.glfusion.org/ untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh melayari http://demo.glfusion.org/ untuk mencuba Demo glFusion.

0 komen:

Post a Comment

Artikel Lain

Artikel berkaitan dengan Thumbnails