jQuery? Bahasa untuk web interaktif anda...

jQuery? Apa benda tu? Bagi yang pernah buat website, tentu dah biasa dengan bahasa HTML, JavaScript dan CSS. Bagi yang advance sikit, mungkin pula biasa dengan bahasa-bahasa aturcara seperti PHP, ASP, JSP dan ASP.net. Pernah tak korang guna apa yang digelar library dalam web korang? Apa yang bagus sangat pasal library ni dan apekejadahnya library ni?

Sebenarnya ada banyak library yang kita boleh guna untuk membangunkan website. Antara library yang popular (dan percuma!) adalah jQuery, RealJs & Prototype. Selain itu, library untuk pembangunan widget (aplikasi kecil) seperti Ext dan Dojo Toolkit juga boleh digunakan.

jQuery ni sebenarnya adalah salah satu daripada penulisan kod JavaScript pelbagai fungsi yang dihimpun dalam satu pakej digelar jquery-x.x.x.min.js (terkini semasa penulisan adalah versi jquery-1.3.2.min.js). Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan jQuery dan pakej downloadnya, layari halaman http://jquery.com



Untuk pengenalan lebih lanjut beserta tutorial berkenaan aplikasi jQuery, layari http://docs.jquery.com/Tutorials.

0 komen:

Post a Comment

Artikel Lain

Artikel berkaitan dengan Thumbnails