Atasi masalah virus selepas antivirus gagal berfungsi?

Secara umumnya, semua antivirus (yang sebenar) adalah bagus; dengan syarat ia sentiasa 'update'. Tanpa 'update', antivirus anda (tidak kira yang percuma ataupun mahal) tidak mampu memberikan perlindungan yang terbaik. Antara kesan kegagalan 'update' ini ialah virus tersebut boleh:
  • mematikan fungsi antivirus
  • menghalang fungsi 'update' antivirus
  • mematikan fungsi (perisian utiliti) baikpulih Windows
Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah ini?

Jika anda ada talian internet, saya ingin syorkan anda untuk 'download' perisian ComboFix. Sesuai dengan namanya; ComboFix digunakan untuk memperbaiki masalah-masalah yang dihasilkan oleh virus. Pada pengalaman saya, antara yang berjaya diatasi oleh ComboFix kepada pc yang saya gunakan adalah:
  • Mengembalikan fail dan 'folder' yang disembunyikan
  • Membuang 'autorun' dan fail virus yang biasa.
  • Mengembalikan fungsi 'explorer' - membuang autorun
  • PC menjadi lebih cepat (hasil dari pemusnahan virus) 
Panduan penggunaan ComboFix


  1. Jangan tukar nama Combofix kecuali diarahkan (Sebahagian pengguna mengesyorkan menukar nama Combofix kepada nama lain untuk mengelakkan sebahagian virus mematikan fungsi Combofix).
  2. Tutup semua pelayar web yang terbuka.
  3. Tutup / matikan semua anti virus dan program anti malware supaya tidak mengganggu tugas ComboFix.


    • Sangat Penting! Matikan sementara fungsi anti-virus, script blocking dan anti-malware  sebelum melakukan scan. Mereka boleh mengganggu ComboFix atau memadam sebahagian  fail yang boleh menyebabkan ComboFix gagal berfungsi.
    • Klik disini untuk melihat senarai program yang harus dimatikan. 
    • Tutup semua pelayar web yang terbuka.
    • AMARAN: Combofix akan memutuskan sambungan ke Internet selepas dimulakan
    • Jangan buat sambungan ke Internet sehingga Combofix telah benar-benar selesai melaksanakan kerja imbasan dan baikpulih.
    • Jika tidak ada sambungan internet selepas kerja Combofix selesai, 'restart' komputer anda untuk memulihkan semula sambungan. 
  4. 'Double klik' pada combofix.exe & ikuti petunjuknya.
  5. 'Setelah selesai, ComboFix akan menghasilkan sebuah laporan untuk anda.
  6. Laporan ini boleh digunakan untuk tujuan analisa semula sekiranya masalah masih belum betul-betul selesai.
Untuk 'download' ComboFix, layari http://www.geekstogo.com/forum/downloads.html&req=download&code=confirm_download&id=197
Untuk panduan lengkap cara penggunaan Combofix, layari http://www.bleepingcomputer.com/combofix/how-to-use-combofix
Untuk maklumat lanjut berkenaan perisian ini, layari http://www.geekstogo.com/forum/Combofix-file197.html

Artikel Lain

Artikel berkaitan dengan Thumbnails