
Antara fungsi yang ada pada pembekal email (yang kita selalu abaikan) adalah fungsi Pop dan SMTP. Tak semua orang suka guna pelayar web (IE, Firefox, Opera) untuk bukak email (aku suka...), dan kebanyakan mereka guna perisian 'client' khas untuk uruskan email antaranya: Ms Outlook Express, Thunderbirds, Eudora, Netscape Email dan sebagainya.
Bagi mereka yang suka (atau terbiasa) guna 'client' kat atas ni, fungsi POP dan SMTP oleh pembekal email adalah WAJIB! Malangnya kebanyakan FREE email tak menawarkannya...
POP adalah fungsi yang membenarkan user memBUKA email dari perisian email client, manakala SMTP pula membenarkan user MENGIRIM email dari email client.
Kebetulan aku cari-cari bahan kat web, terjumpa web ni : http://www.iopus.com/guides/bestpopsmtp.htm . iOpus adalah syarikat pembekal perkhidmatan otomasi web German dan salah satu bidang kepakarannya adalah berkenaan perkhidmatan pengurusan email. iOpus ada membuat sikit kaji selidik dan ujian untuk menilai perkhidmatan email percuma yang TERBAIK dari segi fungsinya. Berikut adalah senarai yang di sediakan:
