Engin penterjemah bergerak dengan Google Goggles!

Kelmarin, di Mobile World Congress di Barcelona, Eric Schmidt dan Hartmut Neven menunjukkan versi prototaip Google Goggles yang memaparkan potensi persepaduan enjin penterjemahan Google dan teknologi pengenalan gambar. Dalam video di bawah ini, anda akan melihat bagaimana kita menggunakan Goggles untuk mengambil gambar dari menu berbahasa Jerman dan menterjemah teks tersebut ke dalam Bahasa Inggeris:




Anda mungkin bertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku di latar belakang. Apa yang berlaku sebenarnya adalah, prototaip ini menyambung telefon kamera ke enjin optical character recognition (OCR), mengubah foto sebagai teks dan kemudian menterjemahkan teks ini ke dalam Bahasa Inggeris menggunakan Google Translate.

Buat masa ini, teknologi ini hanya akan berfungsi untuk penterjemahan Jerman-ke-Inggeris sahaja dan belum lagi sedia untuk dipasarkan. Namun, hal itu menunjukkan banyak kemungkinan untuk apa yang mungkin berlaku pada masa depan. Tak lama lagi, telefon anda akan mampu menterjemah tanda-tanda, poster dan teks bahasa asing terus kepada teks dalam bahasa anda. Adalah menjadi visi Google untuk menghasilkan versi Google Goggles yang boleh menterjemah semua 52 Bahasa yang disokong oleh Google Translate buat masa ini - untuk membawa lebih banyak maklumat kepada alat mobile anda.

Diterjemah dari: http://googletranslate.blogspot.com/2010/02/integrating-translation-into-google.html

Artikel Lain

Artikel berkaitan dengan Thumbnails