OLPC - Setiap Kanak-kanak Sebuah Laptop ?



Memang bagus projek OLPC - One Laptop PerChildren ni. Tapi... projek ni berjalan kat beberapa negara terpilih saja, tak termasuk Malaysia. Antara negara yang terpilih adalah jiran kita sendiri Thailand, negara di Amerika Latin (seperti Brazil), dan Afrika (seperti Nigeria). Antara kriterianya ialah negara-negara peserta terpilih ada ramai pelajar/penduduk miskin.

Yang bawah ni pula adalah khabar-khabar angin berkenaan projek ni yang nampaknya dah mula nak dimonopoli semula oleh orang-orang 'berkepentingan'. Aku bukan nak kata banyak la... Projek OLPC ni mmg best, banyak perubahan pada design hardware & sistem dengan tujuan yang satu: "kanak-kanak tanpa mengira status, dapat belajar & memanfaatkan teknologi!". Tapi kalu gini la gayanya... mmg org berkepentingan ni akan cengkam lagi satu perkembangan/revolusi PC :((



OLPC dengan WinXP? Korang setuju tak?

Animasi Video Unik?

Video ni aku dapat waktu merayau kat internet. Kalau tengok betul-betul... "Eh, komputer grafik la!" Bukan... Sebenarnya, video ni diolah menggunakan video sebenar secara realtime menggunakan program yang dibuat dengan aturcara C++.


Virtual Ball Pit from Kevin Atkinson on Vimeo.

Mamat yang buat ni, Kevin Atkinson (budak Kanada) sebenarnya seorang programmer grafik. Dia buat ni sekadar suka-suka je asalnya. Program yang dibuat ni sebenarnya guna beberapa komponen: C++, OpenCV (Open Source Computer Vision - realtime computer vision library), dan Chipmunk (2D physics library). Hasilnya... Kesan video realtime (sedang berlaku - masa nyata) yang ada kesan pergerakan animasi fizik!

Tak best? Isk... Kalu tengok sekali imbas, memang la. Tapi kalu korang kreatif... Banyak woo leh kita wat :P

Kalu nak maklumat lanjut, leh pergi blog Kevin ni : http://methodart.blogspot.com atau tengok sebahagian hasil video ni di: http://www.vimeo.com.

Mini Laptop atau Mini PC?

Sekarang ni dah jadi macam trend pulak bebudak seawal sekolah rendah pakai laptop. Kalu dulu... sesapa yang pakai laptop ni dikira mewah; Tapi sekarang ni sebab banyak permintaan, harga laptop ngan PC biasa dah tak jauh beza. Dengan duit RM1K atau RM2K je korang dah boleh beli sebijik laptop! Hm... aku tak pasti, tapi ramai yang cakap zaman PC ni mungkin dah berakhir dan akan datang mungkin orang akan gelar laptop ni pulak sebagai PC (personal computer).

Itu satu hal...

Hal yang satu lagi lak, pasal Laptop mampu milik (dulu heboh pasal PC mampu milik). Asalnya ada satu NGO kat eropah tu buat kempen untuk IT laterate penggunaan PC/laptop sejak sekolah rendah. Sebabkan laptop ni lebih mobile dan mudah dibawa kemana-mana, depa cadang nak hasilkan laptop murah USD100 (seratus US dollar sebijik) dan sumbang secara percuma kat sekolah-sekolah negara membangun/miskin! Isk... Memang best la. Tapi Malaysia xtersenarai aaa...

Alih2, ramai yang manaruh perhatian pada konsep laptop mampu milik ni (xkurang jugak yg dengki :P). Apa-apapun aku berpendapat suasana/senario yang berlaku ni sebenarnya menguntungkan kita sebagai pengguna :D. Ya la... dengan duit xsampai RM1K dah beli laptop sebijik! Ok la tu (walaupun fungsi mungkin terhad untuk kerja jenis sederhana)...

Apa-apapun, tunggu... Aku berpendapat banyak lagi yang akan berlaku untuk tempoh setahun dua ni. Contohnya video Eee PC dari Asus ni... Aku penah test. Kira ok gak. Mungkin harapan setiap budak 1 PC/laptop ni akan berjaya gak suatu hari nanti...

Cetak Rompak Haram?

Artikel ni untuk dokongsi bersama, dipetik dari halaman web Ustz Zaharuddin:

Barang Cetak Rompak & Fotocopy Buku

SOALAN

Saya ada menjalankan perniagaan fotokopi dan percetakan komputer secara kecil-kecilan salah satu universiti awam. Masalahnya ustaz, saya menggunakan perisian windows dan microsoft office yang pirate. Saya tahu bahawa tindakan saya ini salah tapi untuk mendapatkan yang original, harganya terlalu mahal.

Saya harap dapat Ustaz jelaskan hukum pendapatan daripada perniagaan yang menggunakan perisian pirate ini dan harap dapat ustaz berikan jalan untuk saya selesaikan masalah ini.....

JAWAPAN

Saya rasa jawapannya sudah jelas apabila anda sendiri telah mengerti bahawa ia adalah salah. Ini adalah kerana, harta intelek telah diiktiraf Islam sebagaimana difatwa oleh para ulama sedunia sebagai harta persendirian. Justeru kita tidak boleh mengambil dan menggunakan yang tiruan KHUSUSNYA apabila software tersebut diniagakan. Ini bermakna apabila seseorang menjadikan barang tiruan sebagai ‘tulang belakang' perniagaannya. Perniagaan tersebut adalah haram, hasilnya juga haram.

Ia adalah berdasarkan keputusan Majlis Kesatuan Ulama Sedunia ( Majma Fiqh Islami) dan juga keputusan Majlis Fatwa Eropah yang disebut oleh Syeikh Dr Yusof AL-Qaradawi.

DIA KAFIR

Ada orang yang cuba berhujjah mengatakan bahawa Bill Gates adalah kafir, so tiada masalah untuk menggunakan yang pirate. Selain itu ada juga yang menyatakan beliau sudah terlalu kaya, maka penggunaan anda tidak memberikan apa jua kesan kepada kekayaannya.

Hujjah ini adalah meleset dan tertolak dalam Fiqh Islam, kerana Muslim tidak dibenarkan untuk mencuri harta orang kafir (kecuali kafir yang sedang berperang dengan Islam seperti tentera Amerika yang berada di Iraq). Dalam keadaan tiada sebarang peperangan fizikal yang jelas, maka perisian windows adalah harta syarikat Microsoft dan pemilikan itu adalah diiktiraf oleh Shariah dan diharamkan untuk sesiapa sahaja dicerobohi sesuka hati. Dalilnya terlalu banyak, cukuplah Rasulullah s.a.w dan para sahabat berjual beli dengan orang bukan Islam, Yahudi serta Kafir Musyrik, semua itu menunjukkan umat Islzma tidak dibenarkan mencerebohi dan mestilah membelinya dengan cara yang halal.

Pendapatan hasil dari perniagaan perisian pirate adalah antara syubhah dan haram sahaja, tidak lain dari itu. Adapun, bagaimana untuk mengurus pendapatan atau hasil yang anda telah yakin haram, anda boleh membaca dalam artikel saya yang lepas.

PENGECUALIAN

Namun begitu, menurut sebahagian ulama, sekiranya para pelajar ingin menggunakan software untuk komputer peribadinya dan bukan untuk perniagaan, hukum mungkin lebih ringan terutamanya jika pelajar ini benar-benar ketandusan wang untuk mendapatkan yang original. Sedangkan ia amat memerlukan komputer dan perisiannya untuk tujuan pembelajarannya. Tatkal aitu, ada ulama yang mengharuskan atas asas : -

a- ‘Hajat Mendesak' dan kedudukan kewangan bermasalah. Berdasarkan kaedah Fiqh :

الحاجة تنزل منزلة الضرورة عامة كانت أو خاصة

Ertinya : "Suatu keperluan yang boleh jatuh dalam kategori terdesak samada ia berbentuk umum atau khusus" (Al-Ashbah Wa An-Nazair, hlm 89)

b- Hanya untuk kegunaan peribadi dan tidak dikomersilkan.

c- Bertempoh, ertinya apabila kedudukan kewangannya sudah baik, ia perlulah membeli yang original.

Demikian juga halnya keadaan para pelajar di Universiti. Sebagai contohnya terdapat pensyarah yang menjadikan buku tertentu sebagai silibus dan bahan rujukan. Setiap subjek mungkin sehingga 5-6 buku digunakan.

Sudah tentu, pelajar tidak mempunyai budjet untuk membeli buku-buku tersebut yang mungkin amat tebal dengan harga tinggi. Lalu tatkala itu, pelajar DIBENARKAN mem'fotostat' halaman TERTENTU yang berkait dengan pembelajarannya, ia juga diharuskan kerana hajiat.

Kembali kepada kes saudara, jika benar-benar saudara menghadapi kesukaran wang (hanya saudara dan Allah yang tahu) untuk membeli yang original, terdapat keringanan untuk anda menggunakan yang produk tiruan itu dulu buat sementara waktu. Ketika perniagaan sudah dapat menjana keuntungan yang baik dan stabil. Tiada lagi ‘keperluan mendesak', maka tatkala itu WAJIBLAH untuk bertukar dan membeli yang original.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

10 Jun 2008




Apa pendapat korang? Aku ingat lagi masa belajar dulu, membe aku bukan main semangat lagi bincang isu ni masa kelas Inggeris kami kat UM. Puh... Berapi-rapi! Tapi sejak tu la aku dok fikir pasal isu ni. Ya la, ko dok buat keje tunggang tebalik, tak cukup tido buat program.... Tetiba ko tengok program ko tu dah dijual kat LowYat rm10 je >:)) . Apa rasa ?! Isk. Isk.

Update untuk Windows !

Service Pack 3 (sp3) untuk Windows XP telah keluar secara rasminya! Dah lama aku tunggu SP3 rasmi ni, asyik yg beta je. Dapatkan dari : http://www.microsoft.com .


SP1 juga dah keluar (dah lama pun...) untuk Windows Vista. Dapatkan dari http://www.microsoft.com .


Soalannya:

Apa bendanya SP1, SP2, SP3 ni?
SP = Service Pack = himpunan fail-fail untuk tujuan update Windows !
Ini bermaksud Service Pack menghimpunkan fail-fail update sebelum ini di dalam satu pek (pack).

Kenapa nak update?
Windows yang korang guna (kalau korang guna Windows la...) ada kekurangan. Kadang-kadang kekurangan-kekurangan tu boleh di 'pergunakan' oleh orang lain untuk mengacau komputer yang korang guna. Update OS atau Windows korang selalu supaya kekurangan ni dapat ditampal (patch) sebelum komputer korang kena hack (godam) !

Macam mana nak update?
Ada beberapa cara:
  1. Automatic update - hidupkan fungsi Automatic Update
  2. Manual update - update secara manual melalui halaman web seperti http://www.microsoft.com/downloads/Search.aspx?displaylang=en#

Artikel Lain

Artikel berkaitan dengan Thumbnails