- mematikan fungsi antivirus
- menghalang fungsi 'update' antivirus
- mematikan fungsi (perisian utiliti) baikpulih Windows
Jika anda ada talian internet, saya ingin syorkan anda untuk 'download' perisian ComboFix. Sesuai dengan namanya; ComboFix digunakan untuk memperbaiki masalah-masalah yang dihasilkan oleh virus. Pada pengalaman saya, antara yang berjaya diatasi oleh ComboFix kepada pc yang saya gunakan adalah:
- Mengembalikan fail dan 'folder' yang disembunyikan
- Membuang 'autorun' dan fail virus yang biasa.
- Mengembalikan fungsi 'explorer' - membuang autorun
- PC menjadi lebih cepat (hasil dari pemusnahan virus)
- Jangan tukar nama Combofix kecuali diarahkan (Sebahagian pengguna mengesyorkan menukar nama Combofix kepada nama lain untuk mengelakkan sebahagian virus mematikan fungsi Combofix).
- Tutup semua pelayar web yang terbuka.
- Tutup / matikan semua anti virus dan program anti malware supaya tidak mengganggu tugas ComboFix.
- Sangat Penting! Matikan sementara fungsi anti-virus, script blocking dan anti-malware sebelum melakukan scan. Mereka boleh mengganggu ComboFix atau memadam sebahagian fail yang boleh menyebabkan ComboFix gagal berfungsi.
- Klik disini untuk melihat senarai program yang harus dimatikan.
- Tutup semua pelayar web yang terbuka.
- AMARAN: Combofix akan memutuskan sambungan ke Internet selepas dimulakan
- Jangan buat sambungan ke Internet sehingga Combofix telah benar-benar selesai melaksanakan kerja imbasan dan baikpulih.
- Jika tidak ada sambungan internet selepas kerja Combofix selesai, 'restart' komputer anda untuk memulihkan semula sambungan.
- 'Double klik' pada combofix.exe & ikuti petunjuknya.
- 'Setelah selesai, ComboFix akan menghasilkan sebuah laporan untuk anda.
- Laporan ini boleh digunakan untuk tujuan analisa semula sekiranya masalah masih belum betul-betul selesai.
Untuk panduan lengkap cara penggunaan Combofix, layari http://www.bleepingcomputer.com/combofix/how-to-use-combofix
Untuk maklumat lanjut berkenaan perisian ini, layari http://www.geekstogo.com/forum/Combofix-file197.html