Sejarah Internet

Secara ringkasnya, internet adalah hasil perkembangan teknologi rangkaian yang tercetus sejak Perang Dingin (perang provokasi Amerika – Rusia).

Oleh kerana kebimbangan berlakunya perang nuklear, Institut Kajian Pertahanan Amerika (DARPA) telah membuat kajian rahsia berkenaan talian pemindahan data bersepadu digelar ARPA-Net. Tujuannya, jika berlaku perang nuklear dan satu-satu pusat pertahanan Amerika dibom (Amerika memiliki beberapa pusat pertahanan yang menyimpan maklumat teknologi pertahanan), maklumat pertahanan di pusat tersebut ada disimpan di pusat-pusat pertahanan yang lain (sebagai salinan).

Bagaimana akhirnya ARPA-Net menjadi Internet?


Senario pertama; Oleh kerana dasar kepimpinan Amerika yang telah berubah selepas perang dingin, kajian ARPA-Net akhirnya telah dibuka untuk kajian pihak universiti. Teknologi ini akhirnya berkembang dengan baik dan telah digunakan sebagai sambungan dalaman kampus. Oleh kerana universiti adalah pusat perkembangan ilmu, banyak kajian (R&D) dilakukan dari semasa ke semasa. Peranan universiti: memperkembangkan teknologi.

Senario kedua; Sejak perkembangan teknologi PC (komputer peribadi), semakin banyak pihak terutamanya industri yang beralih kepada teknologi komputer untuk kerja-kerja pejabat. Di sinilah berkembangannya istilah ’Sneaker Network’: pindah kerja melalui disket dari PC ke PC. Sneaker = kasut ? Oleh kerana medium disket digunakan, pekerja terpaksa berjalan dari satu PC ke PC sepanjang proses kerja; Ini yang membentuk istilah ’Sneaker network’!

Oleh kerana cara kerja begini tidak efektif, pihak industri akhirnya merujuk kepada teknologi yang ada bagi mempercepatkan proses kerja yang setiap hari semakin bertambah. Di sinilah peranan industri: sumbangan dana untuk teknologi.

Senario ketiga; Melalui kerjasama antara pihak industri (suntikan dana untuk kajian) dan pihak universiti (tenaga kerja untuk kajian R&D), akhirnya teknologi rangkaian komputer telah berkembang dengan pesat dan tanpa disedari rangkaian ini cepat tersebar ke seluruh dunia dan menjadi Internet seperti yang kita kenali pada hari ini. :D

0 komen:

Post a Comment

Artikel Lain

Artikel berkaitan dengan Thumbnails