Pemasangan PC (siri 4)

Langkah 3: Pasang RAM (memori)

Sebelum memasang motherboard ke casing (perumah), sebaiknya pasang RAM dahulu. Buka kedua-dua klip pada slot memori motherboard. Slot RAM ini mempunyai bonggol pada kedudukan tertentu. Masukkan RAM pada kedudukan betul berpandukan bentuk kaki RAM dan bonggol pada slot RAM. Tekan pada satu hujung RAM dan kemudian hujung yang satu lagi untuk memastikan RAM betul-betul ketat (klip slot RAM akan mengunci RAM secara otomatik). Ulangi langkah jika lebih daripada satu RAM dipasang.




Langkah 4: Pasang motherboard

Buka casing (perumah) PC.


Kenalpasti port-port pada motherboard. Masukkan motherboard ke casing dengan memastikan port-port i/o motherboard masuk ke lubang yang disediakan pada casing (ruang belakang). Kenalpasti lubang skru pada casing yang selari dengan lubang skru motherboard (anda boleh tandakannya dengan pen).



Alihkan motherboard. Pasang tapak skru (disediakan oleh pembekal motherboard) pada tapak casing yang hendak digunakan (ditanda) tadi. Kemudian tempatkan kembali motherboard pada kedudukan tadi, selari dengan lubang tapak skru yang baru dipasang. Pasang skru untuk melekatkan motherboard kepada tapak skru tadi


Biasanya bekalan kuasa disertakan sekali dengan casing yang dibeli. Jika tidak disertakan, pasang bekalan kuasa kepada casing terlebih dahulu. Pastikan bekalan yang digunakan adalah dari jenis yang sama dengan motherboard (bekalan kuasa ATX untuk motherboard ATX).


Pasang soket kuasa untuk motherboard (dari bekalan kuasa) kepada palam kuasa motherboard. Jenis ATX mempunyai 20 pin. Masukkan pada kedudukan yang betul berpandukan bentuk dan pengunci palam tersebut.



Permukaan depan casing biasanya disertakan dengan lampu kuasa, lampu aktiviti harddisk, butang ON dan butang RESET. Pasang wayar-wayar yang disediakan oleh casing untuk fungsi-fungsi ini kepada motherboard pada soket-soket yang disediakan (gunakan panduan buku manual motherboard @ label pada soket tersebut). Pasang juga wayar untuk speaker casing pada soket yang disediakan.

0 komen:

Post a Comment

Artikel Lain

Artikel berkaitan dengan Thumbnails