Kebetulan antivirus aku nak abis lesen esok, cadang2 nak beli lesen baru. Oh ya! Dah setahun aku guna Kaspersky 2009, memang tak banyak masalah. Kira boleh kasi 5 bintang la...
Sambil2 check akaun web Brinkster, aku terjumpa iklan Antivirus + Firewall PERCUMA! Cambes.... Comodo Internet Security didatangkan dalam 2 versi: versi percuma & versi berbayar (Pro). Secara umum, aku memang pernah guna Comodo Free Firewall sebelum ni dan aku leh kasi 3.5 bintang la... Sebab tu aku rasa xsalah sementara aku menunggu nak beli lesen baru Kaspersky, boleh la sambil2 test Free version Comodo Internet Security ni... Mana tau ok...
Anda kini boleh publish artikel anda dalam format PDF dengan cara mudah. Halaman pdfonline.com menawarkan perkhidmatan ini secara percuma. Anda hanya perlu mendaftar dan memasukkan kod pautan pdfonline ke dalam laman web (blog) anda.
Bagaimana untuk buat paparan KOD dalam blog? Web Browser secara umumnya tidak akan memaparkan beberapa simbol keyboard seperti TAG HTML dan aturcara seperti ASP, PHP & Java.
Untuk memudahkan web browser memaparkan kod seperti yang kita kehendaki, kita akan menggunakan bantuan satu aplikasi (widget) khas yang berupaya memaparkan kod aturcara daripada pelbagai jenis bahasa. Kita akan menggunakan satu daripada widget (library) daripada http://alexgorbatchev.com
Berikut adalah contoh penjanaan kod PHP mudaa:
Pertamanya, anda perlu tambah kod ini dalam HTML Layout Blogger, di bawah <HEAD>:
* Kalau rasa Kod Bahasa yang anda guna tak boleh dipapar dengan betul, tambahkan kod shBrush yang betul. Rujuk http://alexgorbatchev.com/wiki/SyntaxHighlighter:Brushes
OK, dah buat... lepas tu? OK, selepas tu untuk setiap kod yang nak dipaparkan dalam Blog mulakan dengan tag <PRE> dan tutup dengan </PRE class="brush: js">:
/* Your code goes here */
Dalam versi baru SyntaxHighLighter, tanda anak-panah-ke-bawah telah disediakan: menandakan kod di bawah adalah sambungan dari kod sebelumnya yang terlalu panjang. Masukkan kod ini selepas CDATA dan sebelum </HEAD>