Pen Bijak - LiveScribe
Lebih kurang awal tahun tadi aku sempat ronda-ronda kat DigiMall kat Seksyen 14, PJ. Biasa la... Windows Shopping! Dalam ronda-ronda tu, sempat aku jengok tekno baru pen - LiveScribe!
Aku bukan la nak promo produk ni, cuma aku rasa tak salah kalu aku kongsi sikit pengalaman aku menge-test produk ni.
Bagi budak-budak IPTA/IPTS yang pernah pegi kuliah (terkecuali yang tido dalam bilik kuliah :P ), mencatat nota ni kira biasa la; walaupun hakikatnya kadang-kadang yang dicatat tu cuma dijengok masa nak exam nanti je :)) . Bagi yang kreatif, sempat juga bawak tape recorder untuk merakam suara pensyarah (sambil tido dibelakang).
Apa kena mengena semua tu ngan pena ajaib ni?
Istimewa LiveScribe ni selain ada dakwat dan didatangkan ngan kertas khas, ia juga ada kamera! Cam James Bond Techies gak la tapi bukan untuk tujuan Skodeng, sebaliknya untuk merakam semua yang ditulis atas kertas tadi! Ape ke halnya nak merakam semua tu?
Kertas yang dibekalkan dalam bentuk buku tu sebenarnya dah ditandakan ngan dot-dot (bintik-bintik) halus yang digunakan untuk menandakan pergerakan dakwat pen. Bila pen ni disambung ke PC (komputer), baru la kita nampak ke-BEST-an nya...
Semua yang korang tulis dan lukis tadi secara otomatiknya akan dipindahkan ke dalam aplikasi LiveScribe kat PC! Bukan tu je... Dia siap leh main balik apa yang korang rakam masa korang tulis guna pen tuh! Jadi... takyah la korang sibuk-sibuk bawak laptop masa kuliah; Cuma bawak je pen tadi ngan buku yang disediakan :P . Kira sesuai la untuk zaman ni... Pas balik kuliah, baru la korang transfer ke laptop atau PC.
Berapa harga? Sendiri mau fikir la... Pada aku harga dia kira berbaloi gak la, sekitar RM600. Mahal?! Takpe, sebenarnya kat pasaran memang ada alternatif lebih murah yang seumpamanya. Cuma korang kena rajin survey je... Nak murah lagi? Beli la kertas A4 ngan ballpen :D .
ilmu untuk dikongsi, bukan disimpan dihati
Pendekkan Paparan Blog - "Baca Seterusnya"
Pernah rasa tak Artikel atau blog yang dipaparkan tu panjang sangat? Apa kata kita hack sikit blogger supaya singkatkan sikit artikel tu...
Sebenarnya ada banyak projek hack yang boleh kita guna. Tapi untuk kali ni, jom kita tengok hack "Baca Seterusnya..." untuk pendekkan paparan artikel :P
Caranya:
1. Login ke dalam akaun blogspot anda di: http://www.blogger.com/.
2. Pada Dashboard , klik Layout untuk ubahsuai cara paparan blog.
3. Klik pada Edit HTML dan mula hack kod blog anda.
4. Sebelum anda rosakkan blog anda, apa kata simpan backup blog anda tu dulu ... Klik Download Full Template ... dan simpan backup di dalam komputer anda.
5. Selepas tu, tandakan Expand Widget Templates untuk memulakan operasi hack!
6. Cari kod <data:post.body/>. Untuk mudahkan pencarian, tekan kekunci 'Ctrl+F'. Anda sepatutnya jumpa kod ini:
<data:post.body/>
7. Masukkan kod di bawah ini sebelum kod <data:post.body/>
<b:if cond='data:blog.pageType ==
<data:post.body/>
8. Anda sepatutnya mendapat hasil seperti berikut:
<b:if cond='data:blog.pageType ==
<data:post.body/>
<data:post.body/>
9. Kemudian, tambahkan kod berikut di bawah kod tadi
<b:if cond='data:blog.pageType !=
"item"'>
Baca Seterusnya...
</b:if> </b:if>
10. Anda seharusnya mendapat hasil seperti berikut
<data:post.body/>
<data:post.body/>
<b:if cond='data:blog.pageType !=
"item"'>
Baca Seterusnya...
</b:if> </b:if>
11. Setelah selesai, klik Save Template untuk simpan hack tadi...
12. Selepas berjaya simpan, klik Settings > Formating > Post Template dan masukkan kod berikut:
Anda akan melihat skrin seperti berikut
13. Untuk menghasilkan Artikel (blog) yang menggunakan fungsi ini, masukkan teks dan gambar sebelum  dan baki yang lainnya selepas itu. Pastikan artikel anda ditutup dengan  seperti berikut
14. Simpan kerja anda dan lihat hasilnya.
Jika anda dapat melihat seperti di atas, tahniah! Anda telah berjaya :P
Bagaimana Buat Blog?
Sebenarnya ada 2 portal blog yang popular kat dunia: Wordpress dan Blogspot. Sape yang suka mudah... atau ada duit untuk 'hosting' sendiri, baik pilih Wordpress. Tapi bagi mereka yang suka benda murah (percuma) dan boleh buat (hack) macam-macam, baik pilih Blogspot (www.blogger.com). Ikuti tutorial video di bawah untuk membina akaun Blogspot anda sendiri.
Video kat bawah ni pulak adalah penerangan ringkas tentang fungsi dan bagaimana Blog berfungsi:
OK. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk membina akaun blog Blogger:
1. Buka alamat http://www.blogger.com/ menggunakan pelayar web anda. Klik Create A Blog untuk mula membina blog.
2. Daftarkan diri anda dengan memasukkan alamat email, katalaluan (sekurang-kurangnya 8 aksara), dan teks pengesahan.
3. Masukkan tajuk dan alamat pilihan bagi blog anda. Pastikan tajuk dan alamat ini sesuai dengan apa yang anda hendak anda tampilkan dalam blog anda. Bagi memastikan alamat yang anda pilih masih ada (belum digunakan oleh orang lain), klik Verify. Setelah pasti tidak digunakan, klik Continue.
4. Pilih Template (tema blog) yang sesuai bagi blog anda dan klik Continue.
5. Klik Start Blogging untuk mula Blog!
6. Masukkan tajuk artikel, teks artikel dan format teks, gambar yang sesuai; Dan jika sudah selesai, klik Publish untuk terbitkan artikel atau Save Now untuk simpan artikel anda.
7. Jika anda klik butang Insert Picture, klik butang Browse untuk mula mencari gambar yang ingin anda kepil bersama artikel dan klik Open.
8. Pilih kedudukan paparan gambar pada ruang Choose a layout (left, center, right) dan saiz gambar anda (small, medium, large). Setelah selesai, klik Upload Image.
9. Berikut adalah paparan gambar sedang di-upload.
10. Setelah anda berpuas hati, klik Done.
11. Klik Publish.
12. Paparan berikut akan dipaparkan jika artikel berjaya diterbitkan. Klik View Blog untuk melihat blog anda.
13. Tahniah! Blog anda berjaya dibina!
"blog mudah untuk semua"
Blogger 1999-2009
Blogger (http://www.blogspot.com/) adalah salah satu daripada portal blog percuma yang boleh didapati di internet. Dengan pelbagai kelebihannya seperti bandwidth tanpa had, kepelbagaian pilihan tema (template), kemudahan upload gambar, dan keupayaan integrasi dengan pelbagai widget (program tambahan kecil) menjadikan Blogger amat diminati.
Apakata kita lihat sejarah perkembangan Blogger yang merupakan antara pelopor (pemula) teknologi sosial Blog!
Blogger sebenarnya telah dibangunkan oleh Pyra Labs dan secara rasminya dilancarkan pada 23 Ogos 1999.
Blogger.com pada tahun 2000
Blogger akhirnya dibeli oleh Google Inc pada tahun 2003 yang kemudiannya telah mengubah antaramukanya pada tahun 2004. Google telah menambahkan Blogger dengan fungsi Image uploading - muat naik gambar (melalui Picasa web) , ruangan komen, keupayaan memasukkan widget yang pelbagai, arkib artikel, dan lain-lain lagi.
Blogger.com dari tahun 2004 - hingga Kini
Blogger juga menyokong Google Adsense - iklan yang membolehkan pemilik blog menjana pendapatan! Beginilah bagaimana Adsense kelihatan pada masa lalu (tahun 1998).
Adakah Blogger masih relevan dengan kehadiran pelbagai lagi persaingan seperti Wordpress, Friendster, Facebook dan sebagainya? Kita tunggu dan lihat...
"blog mudah untuk semua"
Worm Conficker? Kenali & cara atasi...
Apakah Conficker?
Conficker (juga dikenali sebagai Kido atau Downadup) adalah sebuah lagi Worm yang menjangkiti komputer melalui perantara:
i) rangkaian setempat / local network
ii) thumbdrive
iii) portable harddisk / drive
Worm ini tersebar dengan meluas menggunakan kelemahan/ralat pada OS Windows.
Bahaya ke Conficker?
Agak bahaya jika:
i) anda tak pernah update Windows
ii) anda guna Windows cetak rompak (x tak boleh update)
iii) anda tak guna/update antivirus
Kesan serangan Conficker?
i) Rangkaian setempat (LAN) jadi sangat perlahan
ii) Respon DNS server jadi perlahan
iii) Mematikan fungsi Automatic Update Windows, Windows Defender & perkhidmatan (service) laporan masalah Windows
iv) Pengguna tak boleh buka website antivirus dan Windows update
Cara atasi masalah worm Conficker?
1) Update Windows anda
2) Scan komputer anda secara on-line untuk bersihkan
http://onecare.live.com/site/en-US/center/howsafe.htm?s_cid=mscom_msrt
@ atau
Download scanner di bawah, install, & scan untuk bersihkan Conficker
http://www.microsoft.com/downloads/details.aspx?FamilyID=ad724ae0-e72d-4f54-9ab3-75b8eb148356&displaylang=en
3) Install/update antivirus PC anda
4) Scan thumbdrive sebelum menggunakannya (terutama thumbdrive rakan anda)
Rujukan:
1)
http://www.microsoft.com/protect/computer/viruses/worms/conficker.mspx
2)
http://www.microsoft.com/technet/security/bulletin/ms06-040.mspx
3)
http://technet.microsoft.com/en-us/security/dd452420.aspx
4)
http://www.asktheadmin.com/2009/03/april-1st-is-coming-beware-of-the-cornflicker-worm-and-impending-doom.html
5)
http://en.wikipedia.org/wiki/Conficker
6)
http://en.wikinews.org/wiki/Conficker_computer_worm_infections_soar
7)
http://voices.washingtonpost.com/securityfix/2009/04/conficker_worm_awakens_downloa.html?wprss=securityfix
Artikel Lain
Artikel berkaitan dengan Thumbnails